Sabtu, 11 Oktober 2014

Beautifullllll

Bismillahirrahmanirrahim...

Teruja sangat bila join group telegram Beautiful nie...banyak sgt tips & kaedah2 utk pemasaran bg kami yg xtahu apa nih...lagi2 sharing dr segi rohani...yg pntg group kami menekankan amalan rohani...bukan semata utk dunia...juga utk sihat..kt jaga kesihatan demi menjaga amanah Allah s.w.t dgn tubuh yg dipinjamkan oleh Nya...Malam ni era nk share tentang kenapa pntgnya protein utk kita semua & cukupkah protein yg biasa kita ambil dalam diet sehari2...

Jom kita tengok nie...

Kenapa Badan Perlukan Protin???

1. Protin sgt penting dan tubuh kita terdiri dr protin.
2. Tulang, kulit, rambut, otot-otot & organ dalaman diperbuat drpd protin.
3. Manakala plasma, antibodi, enzim & hormon juga terbentuk dr protin.
4. Begitu juga dgn berbillion sel yg semuanya bergantung kpd protin utk melaksanakan fungsi masing-masing bg menjalankan pembaikan serta membina sel-sel baru utk mengantikan tisu-tisu tua, rosak & yg telah usang.
5. Jumlah protin yg terbentuk akan menjamin badan kita dlm keadaan yg baik.
6. Cuba kita perhatikan, protin yg tidak mencukupi bg nutrien penting akan mewujudkan keadaan yg pincang & kesan penuaan lebih awal.

♥Apa yang dimaksudkan dengan PROTIN♥

~Protin adalah makanan tunggal terpenting yang kita perolehi.Tubuh badan terdiri daripada protein.Contohnya,tulang,kulit,rambut,otot-otot,organ-organ.

♥Apa yang dimaksudkan dengan ASID AMINO♥

Asid Amino terdiri daripada blok-blok binaan.Ianya terbahagi kepada 2.Asid Amino yang perlu dan tidak perlu.

~Asid Amino yang perlu adalah sesuatu yang tidak boleh diperbuat oleh badan kita.Ianya di perolehi daripada makanan yang kita menerima dan terdiri daripada 9 Asid Amino.

~Diantara protin yang lengkap:

■Telur
■Susu segar
■Daging
■Kacang Soya
■Ikan
■Sesetengah keju

~Kekurangan protin akan menyebabkan:

★Anemia
★Penyakit buah pinggang
★Penyakit hati
★Ulser peptik
★Penglihatan kurang baik
★Kolesterol tinggi
★Tekanan darah rendah
★Saraf tidak stabil
★Kurang daya penyembuhan luka
★Kelemahan
★Kelesuan
★Kerencatan akal bagi kanak- kanak

~Proses yang menyebabkan kehilangan protin

●Pemanasan
●Tekanan permukaan
●Tambahan bahan kimia
●Pembekuan
●Proses dehidrat
●Penyimpanan
●Pengangkutan

Sumber :
Dr. Miller
Pengasas Institut Penyelidikan utk Jagaan Kesihatan Pencegahan
1983

Tiada ulasan:

Catat Ulasan